Posts

Showing posts from February, 2023

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS POLITIK UKM

Image
  Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Politik) merupakan program prasiswazah 3 tahun di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Selain Sains Politik, terdapat 11 program prasiswazah lain di FSSK iaitu Sejarah, Sains Pembangunan, Geografi, Antropologi dan Sosiologi, Komunikasi Media, Psikologi, Kerja Sosial, Pengajian Bahasa Melayu, Persuratan Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris dan Linguistik.  Program Ijazah Sarjana Muda Sains Politik hanya ditawarkan secara sepenuh masa sahaja, pendidikan separuh masa atau jarak jauh tidak ditawarkan. Mereka yang berminat boleh bermohon melalui UPU atau UKMShape (direct intake). Perbezaan antara UPU dengan UKMShape ialah yuran pengajian UPU bersubsidi manakala UKMShape tidak bersubsidi. Syarat kemasukan ialah minimum PNGK 3.00 STPM/Setaraf, minimum Band 3.0 MUET dan lulus ujian temu duga.  Apa yang akan dipelajari? Kursus UKM di FSSK terbahagi kepada 5 iaitu Wajib Universiti, Wajib Fakulti, Wajib Pusat, Wajib Progr