IJAZAH SARJANA MUDA SAINS POLITIK UKM

 

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Politik) merupakan program prasiswazah 3 tahun di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Selain Sains Politik, terdapat 11 program prasiswazah lain di FSSK iaitu Sejarah, Sains Pembangunan, Geografi, Antropologi dan Sosiologi, Komunikasi Media, Psikologi, Kerja Sosial, Pengajian Bahasa Melayu, Persuratan Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris dan Linguistik. 

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Politik hanya ditawarkan secara sepenuh masa sahaja, pendidikan separuh masa atau jarak jauh tidak ditawarkan. Mereka yang berminat boleh bermohon melalui UPU atau UKMShape (direct intake). Perbezaan antara UPU dengan UKMShape ialah yuran pengajian UPU bersubsidi manakala UKMShape tidak bersubsidi. Syarat kemasukan ialah minimum PNGK 3.00 STPM/Setaraf, minimum Band 3.0 MUET dan lulus ujian temu duga. 

Apa yang akan dipelajari?

Kursus UKM di FSSK terbahagi kepada 5 iaitu Wajib Universiti, Wajib Fakulti, Wajib Pusat, Wajib Program dan Pilihan Bebas: 

Wajib Universiti: 

Asas Keusahawanan dan Inovasi

Pengurusan dan Analitik Data

Falsafah dan Isu Semasa

Penghayatan Etika dan Peradaban 


Wajib Fakulti: 

Bridging English (MUET Band 2.0)

Academic Interactions (MUET Band 3.0)

Academic Literacy (MUET Band 4.0)

Page to Stage (MUET Band 5.0)

Metodologi Penyelidikan

Workplace Competencies

Latihan Industri 


Wajib Pusat (Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa):

Evolusi Politik Malaysia

Evolusi Pemikiran Falsafah 


Wajib Program: 

Pengantar Sains Politik

Pengantar Teori Politik

Pengantar Falsafah Politik 

Pengantar Ekonomi Politik 

Falsafah Politik Moden

Transformasi Politik Dunia

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia 

Politik Perbandingan

Teori Politik Malaysia

Analisis Pilihan Raya 

Ekonomi Politik Antarabangsa 

Politik Eropah 

Politik Amerika

Politik Hubungan Etnik 

Politik dan Masyarakat 

Pemikiran Islam 

Isu Kontemporari Global 

Politik Asia Tenggara 

Demokrasi dan Masyarakat Sivil 

Latihan Ilmiah 


Pilihan Bebas: 

Bahasa Asing 1, 2, 3

Pengantar Pentadbiran Awam 

Pengantar Sains Sosial 


Bahasa-bahasa asing yang ditawarkan seperti bahasa Cina, Arab, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Thai. Mahasiswa FSSK perlu ambil bahasa asing semasa Semester 1, 2 dan 3 sahaja. 

Segala pembelajaran Program Sains Politik dijalankan di FSSK manakala kelas bahasa-bahasa asing dijalankan di Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik (PKBL). 



Comments

Popular posts from this blog

Keputusan PRU-15 di Sabah jika PH & WARISAN Bekerjasama

Taman Melawati KL atau Selangor?