Posts

Showing posts from May, 2023

Apa itu Sains Politik?

Image
  Dalam tahap pendidikan formal, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) merupakan tahap pendidikan formal yang tertinggi. Seseorang yang memiliki PhD kebiasaannya bekerja dalam bidang penyelidikan atau bidang akademik. Persoalannya, mengapakah Falsafah dianggap sebagai tahap pendidikan tertinggi?Hal ini disebabkan falsafah merupakan peringkat ilmu tertinggi yang dianggap oleh masyarakat dan menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Oleh itu, perkataan Falsafah (Arab) atau Philosophy (Phlien Sophia) digunakan sebagai peringkat ilmu tertinggi. Falsafah menyebabkan ilmu-ilmu lain wujud dan dikembangkan iaitu ilmu Sains dan ilmu Sains Sosial.  Ilmu Sains ialah ilmu semula jadi (nature) yang terdapat di sekeliling kita. Terdapat empat disiplin ilmu sains iaitu Biologi , Kimia , Fizik dan Matematik . Sains terbahagi kepada dua iaitu sains alam sekitar atau sains tulen dan sains fizikal . Sains fizikal berkait rapat dengan ilmu teknologi dan kejuruteraan. Sains Sosial pula menurut Dr. Mostafa Kamal M