Apa itu Sains Politik?

 

Dalam tahap pendidikan formal, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) merupakan tahap pendidikan formal yang tertinggi. Seseorang yang memiliki PhD kebiasaannya bekerja dalam bidang penyelidikan atau bidang akademik. Persoalannya, mengapakah Falsafah dianggap sebagai tahap pendidikan tertinggi?Hal ini disebabkan falsafah merupakan peringkat ilmu tertinggi yang dianggap oleh masyarakat dan menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Oleh itu, perkataan Falsafah (Arab) atau Philosophy (Phlien Sophia) digunakan sebagai peringkat ilmu tertinggi. Falsafah menyebabkan ilmu-ilmu lain wujud dan dikembangkan iaitu ilmu Sains dan ilmu Sains Sosial. 


Ilmu Sains ialah ilmu semula jadi (nature) yang terdapat di sekeliling kita. Terdapat empat disiplin ilmu sains iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik. Sains terbahagi kepada dua iaitu sains alam sekitar atau sains tulen dan sains fizikal. Sains fizikal berkait rapat dengan ilmu teknologi dan kejuruteraan. Sains Sosial pula menurut Dr. Mostafa Kamal Mokhtar ialah cabang sains yang berkaitan dengan institusi, fungsi masyarakat manusia, hubungan sesama individu dalam aspek bertingkahlaku sebagai ahli dalam sesuatu masyarakat. Disiplin ilmu Sains Sosial terdiri daripada ekonomi, sains politik, psikologi, sosiologi, antropologi, geografi manusia, undang-undang, linguistik dan sejarah


Setelah kita memahami ilmu dan disiplin dalam setiap cabang ilmu kita dapat memahami perbezaan di antara ilmu sains dan ilmu sains sosial. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat dan kemajuannya. Saintis berupaya untuk mengemukakan hipotesis, menjalankan eksperimen dan membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara. Walau bagaimanapun kesemuanya hanya sia-sia jika tidak diluluskan oleh pihak kerajaan. Setiap negara mempunyai institusi kerajaan mereka yang tersendiri yang terdiri daripada 3 badan iaitu badan eksekutif (pentadbiran), badan legislatif (perundangan) dan badan judisiari (kehakiman). Ketiga-tiga badan tersebut memainkan peranan masing-masing dan tidak boleh mendahului Perlembagaan Persekutuan. 


Di sini kita dapat lihat peranan sains politik sebagai sebuah disiplin ilmu Sains Sosial yang amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai rakyat sesebuah negara. Menurut Dr. Kamal, Sains Politik adalah satu disiplin akademik dan penyelidikan yang berkaitan dengan mencipta kuasa dan mengawal bidang kuasa serta menjalankan sistem pentadbiran dan pengurusan negara. Antara subbidang sains politik ialah ekonomi politik, teori dan falsafah politik, politik perbandingan, pentadbiran awam dan hubungan antarabangsa


Secara mudah, Sains Politik adalah satu pengkajian sistematik tentang politik dan kerajaan. Ramai sarjana Sains Politik mentakrifkan pengkajian sains politik sebagai the study of who get what, when and how. Siapa dapat apa, bila dan bagaimana. Menurut Dr. Ayman Ramadan Elzeiny Political Science is the academic field of study on power and its distribution in the various types of political systems. The study ventures into the sources of power, its exercise, who exercises it and how it is exercised. Selain itu, politik berfokus kepada 3 bidang iaitu kerajaan, negara dan hubungan awam, konflik manusia dan resolusi konflik dan sumber kuasa dan pelaksanaannya


Etimologi politik berasal dari bahasa Greek iaitu Politika yang berasal daripada Polis sebuah bandar dan negara berdaulat. Sains pula berasal dari bahasa Latin iaitu Scire bermaksud untuk tahu. Sains dalam politik memberikan kita pengetahuan asas tentang negara, perhubungan masyarakat dalam politik dan kefahaman tentang negara, prinsip dan ideologi. Terdapat 7 sebab menurut Dr. Ayman Ramadan tentang mengapa seseorang mahasiswa belajar Sains Politik:

  1. Discover principles for public affairs.
  2. Study the operations of government.
  3. Findings and conclusions for practical use.
  4. Study deals with the concerns of public officials and citizens. 
  5. Education for nationality and citizenship. 
  6. Essential parts of liberal education. 
  7. Knowledge and understanding of government. 

Sains Politik merupakan antara disiplin ilmu tertua di dunia dan banyak ditawarkan di universiti-universiti utama dunia seperti Harvard, MIT dan banyak lagi. Selain itu, terdapat institut pengajian tinggi yang menggunakan nama sains politik iaitu Ecole Libre des Sciences Politiques, Paris, Perancis, the School of Political Science at Columbia University, New York, US dan The London School of Economics and Political Science, UK. 


Di Malaysia hanya sebahagian universiti awam yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik iaitu UKM, UM, USM, UiTM, UUM, UIAM, UNISZA, UNIMAS dan UMS. Dalam 9 universiti awam tersebut Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan universiti terawal yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Malaysia. 


UKM 

Logo rasmi UKM

Logo rasmi FSSK 


Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Politik) ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia terletak di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) bersama-sama ijazah sains sosial yang lain seperti sejarah, geografi, antropologi dan sosiologi, komunikasi media, psikologi, linguistik dan lain-lain. Sains Politik berkongsi pusat kajian bersama-sama program Sejarah dan Strategik dan hubungan antarabangsa. Program strategik dan hubungan antarabangsa ialah program pascasiswazah sahaja (Ijazah Sarjana dan PhD). Pusat Kajian tersebut ialah Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA). Terdapat ramai penganalisis politik yang berkhidmat di sini sebagai pensyarah antaranya ialah Dr. Nadzri Noor (Ketua Program Sains Politik) dan Dr. Jamaie Haji Hamil (Pensyarah Kanan Sains Politik). Dato' Dr. Agus Yusoff yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah J-Kom ialah bekas Profesor Sains Politik UKM. UM
Universiti Malaya tidak lagi menawarkan Ijazah Sains Politik, sebaliknya mereka menawarkan subbidang sains politik iaitu Pengajian Strategik dan Antarabangsa: Bachelor of Arts International and Strategic Studies. Begitu juga di peringkat Master dan PhD. Program ini mempunyai jabatan sendiri iaitu Jabatan Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa yang terletak di bawah Fakulti Sains Sosial dan Sastera. FAAS juga menawarkan program Sejarah, Geografi, Pengajian Media, Pengajian Alam Sekitar, Inggeris dan Pentadbiran Sosial. USM
Universiti Sains Malaysia antara universiti yang berperanan besar dalam disiplin Sains Politik di Malaysia. Terdapat ramai penganalisis politik yang bergiat aktif di universiti ini. Sains Politik terletak di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Selain Sains Politik, program lain yang terletak di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ialah Ekonomi, Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Antropologi dan Sosiologi dan Kerja Sosial. UiTM
Universiti Teknologi MARA tidak menawarkan Ijazah Sains Politik, walau bagaimanapun UiTM menawarkan subbidang Sains Politik iaitu Pentadbiran Awam (Public Administration). Program Pentadbiran Awam UiTM terletak di bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Dahulu Fakulti ini digabungkan dengan Fakulti Undang-Undang iaitu Fakulti Undang-Undang dan Pentadbiran dan kini dipecahkan kepada dua. Selain daripada Pentadbiran Awam, fakulti ini juga menawarkan program Pentadbiran Korporat dan Pentadbiran Alam Sekitar. UUM
Universiti Utara Malaysia sama seperti UM dan UiTM tidak menawarkan program Sains Politik sebaliknya menawarkan subbidang Sains Politik iaitu Pengurusan Awam dan Hubungan Antarabangsa. Pengurusan Awam terletak di bawah Sekolah Kerajaan manakala Hubungan Antarabangsa terletak di bawah Sekolah Pengajian Antarabangsa. Kedua-dua School of Government (SOG) dan School of International Studies (SOIS) terletak di bawah College of Law, Government and International Studies (COLGIS). Selain daripada SOG dan SOIS terdapat juga School of Law (SOL), School of Tourism, Hospitality and Event Management (STHEM) dan Ghazali Shafie Graduate School of Government yang terdapat Master and PhD of Public Administration, Political Science dan International Studies. UIAM
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menawarkan program Sains Politik di peringkat prasiswazah. ia terletak di bawah Abdul Hamid Abu Sulayman Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Almarhum Profesor Emeritus Dato' Abdul Hamid Abu Sulayman merupakan rektor kedua UIAM yang berkhidmat dari tahun 1989 sehingga tahun 1999. Beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2021 pada usia 85 tahun. Beliau juga merupakan graduan PhD in International Relations dari University of Pennsylvania, USA dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi di Department of Political Science at King Saud University serta Presiden Association of Muslim Social Scientist (AMSS). Program di bawah Islamic Revealed Knowledge and Heritage ialah Fiqh dan Usul Fiqh, Usuluddin dan Perbandingan Agama dan Pengajian al-Quran dan al-Sunah manakala program di bawah Human Science antaranya ialah Sains Politik, Psikologi, Sejarah dan Ketamadunan dan Antropologi dan Sosiologi. Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik merupakan bekas Pensyarah Sains Politik di UIAM. UNIMAS
Universiti Malaysia Sarawak menawarkan program Sains Politik iaitu Pengajian Politik dan Kerajaan dan satu subbidang Sains Politik iaitu Pengajian Antarabangsa. Program ini diletakkan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Selain Sains Politik, fakulti ini juga menawarkan Pengajian Hubungan Industri dan Buruh, Hubungan Industri dan Kebolehpasaran, Perancangan Pembangunan dan Pengurusan, Antropologi dan Sosiologi dan Kerja Sosial. UMS
Universiti Malaysia Sabah menawarkan subbidang Sains Politik iaitu Hubungan Antarabangsa. Program Hubungan Antarabangsa diletakkan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan bersama-sama program lain seperti Geografi, Sejarah, Hubungan Industri dan Sosiologi dan Antropologi Sosial. UNISZA
Universiti Sultan Zainal Abidin menawarkan subbidang Sains Politik iaitu Hubungan Antarabangsa. Program ini terletak di bawah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA). Kesimpulannya, terdapat banyak sebab mengapa anda perlu memilih Sains Politik sebagai bidang pengajian anda ketika di IPT kerana politik sama ada kita mahu atau tidak mahu memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kerajaan dari merancang dan menggubal polisi awam ke meluluskan dan ke melaksanakannya. Terdapat juga pelbagai peluang pekerjaan yang sesuai bagi graduan Sains Politik dan subbidangnya tidak kira di sektor awam mahupun swasta. Insya-Allah dalam masa terdekat penulis akan menghasilkan lebih banyak makalah berilmiah yang asas untuk pembaca-pembaca. Sekian terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Keputusan PRU-15 di Sabah jika PH & WARISAN Bekerjasama

Taman Melawati KL atau Selangor?

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS POLITIK UKM