Posts

Showing posts from January, 2024

Taman Melawati KL atau Selangor?

Image
  Taman Melawati merupakan kawasan yang popular di Lembah Klang kerana terletak bersebelahan dengan jalan raya MRR2 (Middle Ring Road 2) yang merupakan laluan utama penduduk selatan Lembah Klang yang menuju ke  arah utara atau Pantai Timur melalui Tol Gombak. Taman Melawati juga berhampiran dengan Zoo Negara dan FINAS. Oleh itu, terdapat banyak lokasi di Taman Melawati dijadikan sebagai tempat set perfileman dan penggambaran.  Persoalannya, adakah Taman Melawati di bawah KL atau Selangor?? Jawapan ringkas ialah Selangor. Alasannya kerana kesemua Surau, Masjid, Sekolah, Balai Polis dan kedai-kedai yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang berserta dengan bendera negeri Selangor. Mengapa tidak kibar bendera Wilayah Persekutuan? Penduduk Taman Melawati yang mengundi juga tahu mereka akan mengundi di dua buah kotak iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Taman Melawati terletak di bawah DUN Hulu Kelang dan Parlimen Gombak. Bahkan Kerajaan Tempatan di Taman Melawati ialah Majlis Perba