Taman Melawati KL atau Selangor?

 

Taman Melawati merupakan kawasan yang popular di Lembah Klang kerana terletak bersebelahan dengan jalan raya MRR2 (Middle Ring Road 2) yang merupakan laluan utama penduduk selatan Lembah Klang yang menuju ke  arah utara atau Pantai Timur melalui Tol Gombak. Taman Melawati juga berhampiran dengan Zoo Negara dan FINAS. Oleh itu, terdapat banyak lokasi di Taman Melawati dijadikan sebagai tempat set perfileman dan penggambaran. 

Persoalannya, adakah Taman Melawati di bawah KL atau Selangor?? Jawapan ringkas ialah Selangor. Alasannya kerana kesemua Surau, Masjid, Sekolah, Balai Polis dan kedai-kedai yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang berserta dengan bendera negeri Selangor. Mengapa tidak kibar bendera Wilayah Persekutuan? Penduduk Taman Melawati yang mengundi juga tahu mereka akan mengundi di dua buah kotak iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Taman Melawati terletak di bawah DUN Hulu Kelang dan Parlimen Gombak. Bahkan Kerajaan Tempatan di Taman Melawati ialah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan bukannya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Secara asasnya Taman Melawati terletak di bawah daerah Gombak. Pentadbiran daerah Gombak terdiri daripada 4 mukim iaitu Mukim Rawang, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Taman Melawati terletak di bawah Mukim Hulu Kelang termasuk kawasan-kawasan lain di sekitarnya seperti Kampung Klang Gates, Kemensah, Taman Permata, AU1, AU2, AU3, AU4, AU5, Kampung Pasir, kawasan perumahan sekitar Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa serta Bukit Indah dan Kampung Kuala Ampang. 

Sebelum Kuala Lumpur dijadikan sebagai ibu negara, KL ialah ibu negeri Selangor. KL dijadikan ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957-1963 dan ibu negara Malaysia dari tahun 1963-1973. KL dirancang untuk dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan iaitu sebuah wilayah yang 100% di bawah Kerajaan Persekutuan disebabkan FAKTOR POLITIK. Semasa Pilihan raya umum Malaysia tahun 1969 berlaku peningkatan kerusi DAP secara besar-besaran sehingga menyebabkan Selangor hampir tumbang kepada DAP. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi PERIKATAN dan UMNO, YAB Tun Abdul Razak memutuskan KL yang mana kebanyakan kerusinya dimenangi oleh DAP dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan. Namun demikian, tidak semua daripada daerah KL itu dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan, sebaliknya hanya sebahagian sahaja. Sebahagian lain dijadikan sebagai daerah GOMBAK. 

Oleh itu, masih terdapat beberapa kawasan di dalam daerah GOMBAK masih menggunakan poskod KL contohnya 53100 Kuala Lumpur meskipun ia berada di bawah Selangor

Maka, jelaslah bahawa persoalan-persoalan utama yang dibangkitkan:

1. KL merupakan ibu negeri Tanah Melayu kemudian Malaysia bersama-sama Selangor sehingga tahun 1973

2. DAP hampir menguasai Selangor pada PRU-1969 menyebabkan sebahagian daripada KL dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan dan sebahagian lain dijadikan sebagai daerah Gombak. 

3. Masih terdapat beberapa kawasan di dalam daerah Gombak yang masih berposkod KL. 

4. Taman Melawati ialah Selangor bukan KL

5. Biasakan penggunaan Hulu Kelang bukan nama kawasan perumahan seperti Melawati, Keramat, Ukay, B.A. 


Amat jelas bahawa Taman Melawati dan kawasan-kawasan lain di Hulu Kelang berada di luar garisan KL di Google Map. 

Jika menaip Ampang Jaya di Google Map dapat memaparkan secara keseluruhan Bandar Ampang Jaya yang secara JELAS berada di luar garisan KL. 


Semoga informasi ini berguna kepada khalayak ramai. 

Sekian terima kasih. 

Daripada pengundi DUN N18 Hulu Kelang, P098 Gombak 




Comments

Popular posts from this blog

Keputusan PRU-15 di Sabah jika PH & WARISAN Bekerjasama

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS POLITIK UKM