Posts

Showing posts from February, 2024

Keputusan PRU-15 di Sabah jika PH & WARISAN Bekerjasama

Image
     Kerjasama WARISAN dan PH pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (2018) membuahkan hasil apabila WARISAN memenangi 8 kerusi Parlimen manakala PH menang 6 kerusi Parlimen.  WARISAN:  1. Kota Belud  2. Sepanggar  3. Penampang  4. Papar  5. Batu Sapi  6. Lahad Datu  7. Semporna  8. Kalabakan  PH:  1. Kota Kinabalu DAP  2. Putatan PKR  3. Ranau PKR  4. Tenom DAP  5. Sandakan DAP  6. Tawau PKR       Namun demikian, berlaku keretakan dalam kalangan pimpinan WARISAN dan PH Sabah menyebabkan kedua-dua parti tersebut memilih untuk bergerak solo pada PRU-15 (2022) meskipun bekerjasama pada PRU-14 (2018) dan PRN Sabah (2020). Kesannya, berlaku pecahan undi yang mengakibatkan beberapa kerusi Parlimen gagal dimenangi sama ada WARISAN mahu pun PH. Analisis PRU-14 :       Pertama sekali, WARISAN sebuah parti tempatan yang beroperasi di Sabah buat pertama kali menyertai pilihan raya Parlimen dan DUN pada PRU-14. Kerjasama dengan Pakatan Harapan merupakan langkah strategik kedua-dua parti pemban